PAKEJ PERCUTIAN BANDUNG
Perkhidmatan pakej percutian AWG Trans Bandung
Start from RM 490/Pax*
* Minimum 4 pax untuk 4H3M
(Pakej lite; Hotel 3 bintang + breakfast, kereta privat, pemandu)
Pakej Percutian Bandung dengan AWG Trans
Kelebihan pakej percutian di AWG Trans ialah kelonggaran untuk diubah suai (customize) mengikut kehendak anda. Sebagai contoh untuk penginapan, anda boleh memilih daripada hotel 3 bintang sehinggalah ke hotel 5 bintang. Selain itu, anda juga boleh menambah pilihan pengangkutan lain (seperti speed train Whoosh atau Panoramic train) bagi menjadikan pengalaman percutian anda lebih menarik dan sukar dilupakan. Bukan itu sahaja, sekiranya destinasi di dalam itinerary asal kami kurang menepati cita rasa anda, anda boleh meminta kami untuk menyusun semula jadual perjalanan tersebut khas untuk anda.
Pilihan Pakej Percutian
AWG Trans menawarkan dua pilihan pakej percutian ke bandar Bandung, iaitu Pakej Lite dan Pakej Full.
- Pakej Lite: Merangkumi penginapan hotel berserta sarapan pagi (breakfast), kenderaan privat (tidak campur dengan kumpulan lain), serta pemandu yang juga bertindak sebagai tour guide.
- Pakej Full: Merangkumi penginapan hotel berserta sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan, kenderaan privat, pemandu merangkap tour guide, serta tiket masuk ke tempat-tempat tarikan pelancong.
Pakej Percutian Lite & Full
LITE (MIN 4 PAX)
FULL (MIN 4 PAX)
Seputar Percutian Bandung
Apa yang best di Bandung?
Bandung ialah sebuah bandar yang terletak 180 kilometer dari Jakarta (2-3 jam melalui jalan tol), atau sekitar 140 kilometer jika menaiki kereta api laju Whoosh yang hanya mengambil masa 30 minit sahaja.
Bandung sangat terkenal di kalangan pelancong Malaysia kerana kos percutian yang agak berpatutan dan memiliki pelbagai pilihan destinasi.
Bagi anda yang kaki shopping, boleh memilih daripada Pasar Baru untuk fabrik dan pakaian, Kartika Sari untuk buah tangan, dan pusat beli belah Paris Van Java (PVJ) untuk barangan berjenama. Apatah lagi dengan banyak factory outlet yang bertaburan di serata kota Bandung pastinya menanti anda.
Dari segi makanan, kuliner di Bandung adalah antara yang terbaik di dunia. Kepelbagaian hidangannya sangat kena dengan selera pelancong Malaysia yang masih serumpun. Bandung juga mudah didapati masakan khas Minang yang sememangnya sudah cukup serasi dengan lidah kita.
Wisata alam pergunungan dengan udara yang sejuk dan segar merupakan tarikan utama di sini. Di bahagian Utara Bandung, terdapat wilayah Lembang, manakala di bahagian Selatan pula ada wilayah Ciwidey. Kedua-dua kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai tarikan yang memukau pandangan, aktiviti yang memacu adrenalin, serta lokasi-lokasi menarik untuk anda bergambar (OOTD) dengan pemandangan yang cukup cantik.
Aktiviti Menarik di Bandung







